Liga Premier: Feroz pastikan JDT II menang

Image may contain: 5 people, people playing sports, people standing and outdoor

Meskipun tersentak dengan gol awal tuan rumah, ianya bukan penghalang untuk skuad JDT II mencipta kemenangan di tempat lawan. Kemenangan sama dicatat di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos iaitu dengan jaringan 3-2.

Beraksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu melihat terlebih dahulu tuan rumah mencipta jaringan seawal minit 1 hasil jaringan Engku Nur Shakir. Bagaimanapun JDT II bangkit menyamakan kedudukan pada minit 12 melalui Kiko Insa.

Kiko Insa meletakkan JDT untuk mendahului 2-1 pada minit ke 27 dan keputusan tersebut kekal sehingga berakhir separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, Terengganu FC II melancarkan serangan balas untuk memburu gol penyamaan, usaha mereka terhasil pada minit 55 sekali lagi menerusi Engku Nur Shakir.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor, text that says '30 JCC'
FOTO JST

Feroz Baharuddin memastikan tiga mata milik JDT II apabila jaringannya pada minit 65 meletakkan keputusan 3-2 sehingga tamat perlawanan.

(Ulasan ini berpandukan dari keputusan yang diperolehi)