Ligue1: PSG pun kalah juga

Selepas menang selesa pada perlawanan pertama, Paris Saint-Germain (PSG) dilihat tidak mempamer aksi sebenar ketika bertemu Nimes pada perlawanan pertama.

Dengan menurunkan De Maria dalam kesebelasan utama, berbeza pada aksi sebelum ini yang masuk sebagai pemain gantian, tidak dapat memberikan bantuan buat Cavani di depan gol.

PSG terlebih dahulu memperoleh gol pertama hasil kecuaian pertahanan dan penjaga gol. Peluang tersebut tidak disia-siakan oleh Cavani untuk berlari mendapatkan bola sekaligus meletakkan jaringan buat PSG pada minit 36.

Sebelum perlawanan tamat separuh masa, M’Baye Niang berjaya menyamakan kedudukan dengan kawalan cantik sebelum melepaskan rembatan deras menewaskan Alphonse Areola.

Babak kedua, tanpa menunggu lama, Del Castillo menjaringkan gol kedua buat Rennais dengan mudah menanduk masuk ke gawang pelawat. Rennais hampir menambah gol, namun tolakkan Jeremy Gelin singgah di tiang gol sebelum kembali meleret ke penjaga gol.

Keputusan penuh menyaksikan Juara bertahan, PSG tewas 2-1 kepada Rennais. Ikuti highlight penuh