Liridon dan JDT salur bantuan ke Mangsa Bencana Gempa Bumi di Albania

Pemain tengah Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Liridon Krasniqi mengambil inisiatif dengan menyalurkan bantuan kewangan – ditambah dengan bantuan dana dari Harimau Selatan – kepada mangsa bencana gempa bumi di Bubq, Albania.

Perkara itu dikongsikan oleh JDT menerusi laman sosial rasmi JOHOR Southern Tigers pagi tadi. Sepertimana semua sedia maklum, sumbangan JDT dan pemberian bantuan adalah merupakan sebahagian dari Tanggungjawab sosial Korporat (CSR) dan ia menunjukkan JDT bukan sekadar kelab bolasepak.

Liridon bersama pelakon Albania, Bes Kallaku serta seorang rakan karibnya telah melawat 30 buah keluarga yang terkesan akibat bencana gempa bumi baru-baru ini untuk memberi sumbangan wang dan keperluan-keperluan asas lain.

JDT sebelum ini telah menyalurkan bantuan kepada mangsa-mangsa banjir di pelbagai tempat di Malaysia, melawat rumah anak-anak yatim dan juga menyumbang kesemua hasil kutipan tiket dari perlawanan amal JDT All-Stars Friendly pada bulan Jun kepada tiga organisasi amal – Yayasan Kanser Tunku Laksamana Johor, Persatuan Kebangsaan Kanser Malaysia dan Women’s Aid Organisation.

Sumber: https://telegrafi.com