Malaysia Cup: Aksi terakhir JDT penentu layak ke Suku Akhir

Malam ini, JDT akan berdepan MIFA bagi menentukan layak ke Suku Akhir Piala Malaysia 2018 selepas hanya mengutip enam mata dari lima perlawanan. MIFA yang mengejutkan JDT pada perlawanan pembukaan kumpulan di Stadium Larkin tempoh hari kini mengungguli carta kumpulan C memunggut lapan mata berkongsi mata sama dengan Kedah.

JDT pastinya perlu mengharapkan kemenangan untuk mara sekaligus membalas dendam dan menyingkirkan MIFA yang buat julung kali beraksi di Piala Malaysia. Sepak mula JDT dan MIFA pada jam 9.00 malam di Stadium Shah Alam.

Manakala satu lagi perlawanan Kelantan dan Kedah, masing-masing juga berpeluang untuk mara yang mana Kedah hanya memerlukan keputusan seri berbanding Kelantan yang perlu menang sekurang-kuranya 2-0.