Malaysia Cup: UiTM pasukan pertama terkeluar dari saingan

Pasukan Liga Premier 2019, UiTM menjadi pasukan pertama terkeluar dari saingan Piala Malaysia 2019 selepas tewas dalam kesemua perlawanan peringkat kumpulan dan terbaru tewas 0-2 kepada Petaling Jaya City FC.

Petaling Jaya City yang semestinya memerlukan kemenangan berjaya menjaringkan gol pada minit 32 menerusi Washington Brandao sebelum Satish menambah jaringan pada minit 71 separuh masa kedua.

Kedudukan kumpulan B, menyaksikan JDT mengetuai carta dengan 10mata diikuti rapat Petaling Jaya City dengan 9 mata dan PKNP 4 mata. Dengan keputusan UiTM dan PJ City mengesahkan JDT sudah layak ke suku Akhir.

Walaubagaimanapun, dua lagi pasukan masih terbuka untuk melayakkan tempat ke suku Akhir dengan berbaki 2 perlawanan.