Harapan UiTM untuk mengutip mata pada aksi terakhir saingan Piala Malaysia tidak kesampaian meskipun JDT dibarisi pemain-pemain skuad simpanan.
Kejutan awal diberikan pasukan tuan rumah membuahkan hasil apabila Zulkiffli Zakaria berjaya menolak masuk untuk gol pertama menewaskan Izham Tarmizi pada minit 38.
PIALA MALAYSIA 2019 | 17 SEPTEMBER 2019
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) September 17, 2019
UiTM FC vs JOHOR DARUL TA'ZIM
More photos at https://t.co/ZUuKQ5MSm7 pic.twitter.com/VTDfYQQ3Ii
JDT yang turun bersama pemain ke-2 antaranya Syazwan Andik, Fadhli Shas, Azrif Nasrulhaq, selain Nazmi Faiz dan Syamer Kutty di bahagian tengah.
Beberapa percubaan cuba diberikan pasukan pelawat namun gagal disudahkan dengan kemas. Antaranya percubaan Gonzalo Cabrera, Akhyar Rashid, dan Syafiq Ahmad.
45+2' | GOL ADAM!@OfficialJohor berjaya menyamakan kedudukan di Stadium UiTM melalui Adam Nor Azlin, yang menanduk bola masuk ke dalam gawang gol.#PialaMalaysia2019#MFLLive#UiTMJDT pic.twitter.com/OGIB7amPFZ
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 17, 2019
Sebelum berakhir tamat separuh masa, Adam Nor Azlin memberikan gol untuk JDT bagi menyamakan kedudukan selepas menanduk masuk hantaran Syamer Kutty.
Kemasukan Hazwan Bakri mengubah sedikit corak permainan selain melihat sekembalinya Gary Steven Robbat untuk musim 2019.
Aksi pertama musim ini untuk Gary Steven Robbat 🔴🔵#PialaMalaysia2019#MFLLive#UiTMJDT pic.twitter.com/ghFHg83ks3
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 17, 2019
Turut mencuri Kemasukkan pemain muda berusia 19 tahun, Ramadhan Saifullah yang membuat penampilan pertama dalam skuad utama JDT. Kehadirannya bukan saja membantu jentera serangan malah berpeluang untuk mencipta jaringan.
JDT mendahului kedudukan hasil daripada sepakan penjuru Syamer Kutty yang ditampan keluar namun berjaya dikuis Hazwan sebelum Fadhli Shas merembat kencang ke gawang tuan rumah.
59' | GOL FADHLI!@OfficialJohor berjaya mendahului UiTM FC menerusi Fadhli Shas.#PialaMalaysia2019#MFLLive#UiTMJDT pic.twitter.com/EhEv42PFUw
— MFL LIVE (@MFL_Live) September 17, 2019
Pasukan tuan rumah cuba bangkit mencari gol penyamaan namun tersekat selepas dikawal baik pertahanan JDT.
Keputusan kekal memihak kepada JDT dengan kemenangan ke 5 dari 6 perlawanan dan UiTM terus kempunan mata.