Manfaat Dotcomsport dalam pembangunan pemain

Image may contain: 3 people, people smiling, people standing and text

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah mengikat perjanjian untuk menggunakan khidmat syarikat dari Belanda, Dotcomsport dalam membantu pembangunan pemain.
Majlis menandatangani perjanjian tersebut telah berlangsung di Wisma FAM, Kelana Jaya, hari ini dengan FAM diwakili oleh setiausaha agungnya, Dato’ Haji Hamidin Haji Mohd Amin manakala Dotcomsport diwakili oleh pengarahnya, Johan Henkes.

Memiliki kepakaran dan pengalaman luas bekerja dengan pelbagai inisiatif berkaitan pembangunan bola sepak, Dotcomsport menawarkan sistem pembangunan pemain yang lebih meluas disamping perkhidmatan lain seperti penyusunan pasukan pasukan dari segi formasi serta taktikal, komunikasi antara pemain dan jurulatih, persediaan digital untuk latihan dan perlawanan, analisis dan juga reviu perlawanan.

Melalui Dotcomsport, ia akan memberikan penekanan terhadap penggunaan video sebagai alat keperluan semasa latihan.

“Dengan sukacitanya, FAM mengumumkan perjanjian bersama Dotcomsport untuk memperkenalkan sistem pemantauan pemain yang akan membantu meningkatkan perkembangan pemain kami. Ini merupakan satu lagi medium bagi jurulatih untuk berkomunikasi antara satu sama lain dan pemain. FAM menggunakan sistem pemantauan pemain iaitu Dotcomsport di mana merupakan satu langkah terhadap pembangunan pemain elit kami, “kata Pengarah Teknikal FAM, Peter De Roo.

Staf FAM termasuk barisan kejurulatihan, pasukan ‘scout’ (pencari bakat), pasukan doktor, dan pasukan penganalisis video telah diperkenalkan dengan program tersebut di Wisma FAM, Kelana Jaya hari ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.