[Match Preview] ACL 2019: Johor Darul Ta’zim vs Kashima Antlers

Selepas tewas tipis di gelanggang lawan dengan memberi kejutan buat juara bertahan, JDT pasti akan terus meneruskan rentak permainan yang konsisten sepanjang aksi AFC Champions League terutama di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos.

2 perlawanan sebelum ini di Stadium keramat di Larkin, JDT berjaya mengikat Gyeongnam dengan 1-1 dan tewas tipis 0-1 oleh barisan pemain kedua JDT. Namun sedikit berbeza pada perlawanan kali ini kerana berlangsung pada bulan Ramadhan.

Tiada yang mustahil dengan berbekalkan kekuatan mental dan fizikal pemain serta pengalaman yang sedia dipelajari, JDT akan terus beri saingan sengit buat Kashima Antlers.

Diogo Santo jelas akan mengetuai jentera serangan dengan dibantu pemain sayap berbisa Safawi Rasid dan Gonzalo Cabrera disusuli bahagian tengah Syafiq Ahmad, Nazmi Faiz dan juga Afiq Fazail selain Hariss Harun selaku kapten berkaliber.

Apa yang mungkin percaturan ini sedikit berbeza mengikut pilihan Coach, dan kesediaan para pemain kerana selang beberapa mereka akan berhadapan dengan pencabar terdekat Pahang di Stadium Larkin.

Ramuan ini pasti terbahagi dengan andaian jika JDT mampu menewaskan Kashima dan Shandong mengetepikan Gyeongnam, JDT berpeluang untuk cipta kejutan. Begitu juga jikalau JDT tewaskan Pahang, kelebihan 8 mata dihadapan, kejuaraan kali ke6 berturut-turut dan tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pasukan bakal terus menjadi sejarah.

Apapun semuanya bergantung kepada percaturan dan resepi kejayaan yang akan digunakan oleh Coach dan para pemain. Apapun juga persembahan terbaik akan disajikan buat semua penyokong. Selamat maju jaya.