[Match Preview] ACL 2019: Johor Darul Ta’zim vs Shandong Luneng

Selepas kekalahan di tempat lawan, Johor Darul Ta’zim (JDT) pastinya akan bangkit menuntut mata penuh sekaligus menumbangkan kelab elit Asia, Shandong Luneng malam esok.

JDT berjaya mengutip 1 mata ketika berdepan Gyeongnam FC bulan lalu mencipta banyak kejutan terutama bahagian serangan. Namun palang dan tiang menjadi penghalang walaupun penguasaan penuh milik JDT.

Perlawanan malam esok juga pasti menjadi perlawanan penentu untuk kelab JDT meraih mata sekaligus memberi saingan ke aksi terakhir permainan. Berbaki 3 perlawanan di peringkat kumpulan, JDT kini hanya mengutip 1mata dan perlu menang kesemua baki perlawanan untuk mara.

2 daripada 3 baki perlawanan adalah bermain di Stadium keramat di Larkin, dengan sokongan padu penyokong, tuah bermain di laman sendiri mesti direbut sebaik-baiknya.

Shandong Luneng yang dibarisi pemain bintang dan ternama, pasti tidak akan melepaskan peluang untuk membuat kejutan. Berdasarkan aksi sebelum ini, Shandong berjaya mengikat Kashima dan Gyeongnam dengan kedua-dua seri 2-2.

Hasil dari 3 pertemuan itu, Shandong Luneng mengutip 5 mata mengatasi Gyeongnam dan hanya kurang 2 mata dibelakang pendahulu Kashima Antlers.

Apapun yang berlaku malam esok, sokongan tetap akan diberikan buat kelab kerdil dari Malaysia mencipta nama di pentas tertinggi Asia. Kemenangan akan jadi sejarah baru, layak ke 16 terakhir sebagai satu kejutan buat pencinta bolasepak.

Selamat berjaya JDT.