[Match Preview] ACL 2019: Shandong Luneng vs Johor Darul Ta’zim

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan turun untuk aksi ke-3 saingan AFC Champions League 2019 bagi meneruskan cabaran dalam peringkat kumpulan E bertemu wakil Republik Rakyat China, Shandong Luneng di Jinan Olympic Stadium malam esok waktu Malaysia.

Kelab Jinan yang dibarisi pemain antarabangsa Itali, Graziano Pelle dan bekas pemain Manchester United, Maroune Fellaini dijangka akan menghadirkan cabaran sengit buat JDT. Selepas dua perlawanan dan berjaya mengutip satu mata hasil keputusan seri menentang wakil Republik Korea iaitu Gyeongnam FC, JDT pasti tidak akan dipandang mudah oleh skuad Shandong Luneng.

Ketiadaa Natxo Insa di bahagian tengah akibat kecederaan, pastinya Jurulatih Benjamin Mora mempunyai pilihan tersendiri untuk menggantikan pemain tersebut dengan tenaga muda yang lebih fresh. Jika aksi sebelum ini, JDT beranikan diri menurunkan pemain muda seperti Syafiq Ahmad dan Afiq Fazail di bahagian tengah selain menggantikan Nazmi Faiz pilihan kedua.

Aksi Diogo Santo ketika bertemu Kashima Antlers. Foto: the-afc.com

Pastinya gandingan trio antara Cabrera – Diogo – Safawi akan menjadi pemusnah apabila berhadapan dengan Shandong Luneng. Turut bersedia di barisan serangan adalah pemain muda Akhyar Rashid yang kini berada dalam prestasi terbaik.

Bagi Kelab Jinan, beraksi di laman sendiri akan menjadi kelebihan ditambah pula keinginan mereka untuk meraih 3 mata berharga apabila hanya sekadar mengutip 2 mata selepas aksi 2 perlawanan sebelum ini. Shandong terikat 2-2 pada aksi pertama menentang Gyeonam FC sebelum seri jaringan sama dengan Juara bertahan Kashima Antlers.

Diogo menjaringkan gol tunggal selepas hanya tewas 1-2 ke atas Juara bertahan. Foto: JST

Peluang bagi keempat-empat pasukan untuk mara ke peringkat seterusnya masih terbuka dengan jurang dibezakan dengan 3 mata dengan didahului Kashima Antlers (4 mata).

Apapun kedua-dua pasukan ini telah cukup bersedia. Sebagai pendatang baharu dalam saingan ACL, pastinya JDT akan terus beri saingan buat pencabar saingan dan membuktikan kebangkitan bolasepak Asean di peringkat Asia. Selamat maju jaya buat pasukan JDT. JDT for All, JDT for Johor.