Maurício dan Aarón tunjuk perkembangan positif

Kedua-dua pemain import baharu, Maurício dos Santos Nascimento dan Aarón Ñíguez masing-masing menunjukkan perkembangan positif dalam menyesuaikan diri dan mempelajari suasana, sistem dan falsafah JDT.

Perkara itu diumumkan oleh Kelab bolasepak JDT menerusi laman sosial JOHOR Southern Tigers.

“Peluang berlatih di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin tempoh hari dilihat turut mempercepatkan proses penyesuaian diri pemain tersebut.” Menurut entry berkenaan.

Selain bantuan rakan-rakan pemain yang lain, usaha berterusan pemain baharu tersebut dalam memahami corak permainan sepasukan juga wajar diberikan pujian.

Dalam kenyataan tersebut, JDT akan mengadakan siri perlawanan pra-musim dan bakal memberi lebih peluang untuk memastikan keserasian antara pemain dapat dibentuk dengan lebih berkesan.

Maurício ketika aksi latihan bersama JDT menentang JDTII di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos. Foto: JST