MB Johor ucap tahniah kepada JDT juarai Liga Super

Tahniah kepada pasukan JDT yang menewaskan pasukan Perak malam tadi sekali gus secara rasmi menjuarai Liga Super 2018.

Bagi Pihak Kerajaan Negeri, saya menzahirkan ucapan tahniah yang sangat mendalam, kepada Duli Yang Amat Mulia Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor di atas kejayaan JDT menjuarai Liga Super selama lima tahun berturut-turut.

Sesungguhnya, Tunku telah mencipta sejarah baru dalam sejarah bola sepak bukan sahaja Johor, tetapi Malaysia. Kami bersyukur kerana kemenangan ini bukan sekadar sebuah kemenangan dalam sukan bolasepak, tetapi sebuah kemenangan yang telah menterjemahkan harapan bangsa Johor. Kemenangan ini telah membawa kesatuan kepada seluruh bangsa Johor.

Kemenangan ini juga membuktikan bahawa JDT dan kita bangsa Johor sentiasa berusaha untuk menjadi yang terbaik, mahu menjadi unggul dan mahu menjadi no 1.

Semoga iltizam, semangat dan kesungguhan Tunku membina JDT dicontohi seluruh bangsa Johor dalam membina peribadi ke arah menjadi bangsa yang maju.

Tahniah sekali lagi, Allah berkati Johor, Muafakat itu berkat.

Leave a Reply

Your email address will not be published.