Mbappe ‘potong’ Henry, Trezeguet – Deschamps

Kylian Mbappe. – Foto EPA

PARIS: Kylian Mbappe ‘sudah matang sebagai pemain’ dan kini berada di depan legenda Perancis Thierry Henry dan David Trezeguet ketika mereka seusianya, kata pengendali Les Bleus, Didier Deschamps.

Henry dan Trezeguet berusia 20 tahun sewaktu Deschamps mengepalai Perancis menjuarai Piala Dunia 1998 tetapi sekadar memainkan peranan kecil sebelum mencuri tumpuan ketika mereka menjulang gelaran Eropah dua tahun kemudian.

Berbanding Mbappe, 19, dia menjaringkan empat gol, termasuk satu dalam pentas final dan diturunkan dalam kesebelasan utama sepanjang perjalanan Les Bleus membolot trofi Piala Dunia di Russia

“Dia tahu dia melakukan perkara yang belum dibuat orang lain. Dia seorang pemain yang bijak dan mendengar kata,” kata Deschamps kepada Le Parisien.

“Saya akan beritahu setiap benda bagus yang dibuatnya. Saya juga akan beritahu sekiranya ada perkara yang perlu diperbaikinya dan walaupun sedikit tetapi dia akan cuba betulkan dan mendengarnya.

“Pada 1998, Trezeguet dan Henry seusianya tetapi tidak memainkan peranan sehebatnya. Ini membuktikan Kylian sudah matang sebagai pemain.

“Saya pernah beraksi disamping pemain yang bagus. Saya juga pernah melatih mereka. Tetapi dia, bukan hanya mengenai kualiti. Dari segi usianya… dengan apa yang dibuatnya ketika ini dan untuk masa depan saya bersyukur dia adalah pemain Perancis.”

Pele menjadi satu-satunya pemain yang lebih muda berbanding bintang Paris Saint-Germain (PSG) itu berjaya menyumbat gol di Piala Dunia, pada usia 17 tahun ketika Brazil menjuarai Piala Dunia 1958.

Berikutan situasi itu, legenda Brazil itu berjenaka dalam Twitter miliknya bahawa beliau mungkin terpaksa keluar daripada persaraan sekiranya Mbappe terus mengatasi pencapaiannya selepas ini. – Agensi

Leave a Reply

Your email address will not be published.