Memakai jersi No. 9, JDT perkenalkan Bergson Da Silva

May be an image of 1 person

Penyerang import dari Brazil, Bergson Da Silva diperkenalkan secara rasmi sebagai pemain baharu Johor Darul Ta’zim dan menjadi senjata baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Bergson Da Silva hadir sebagai pemain pinjaman dari Kelab Brazil, Fortaleza bagi menggantikan penyerang Argentina, Jonathan Herrera yang telah dipinjamkan ke Kelab Argentina, Club Atletico Independiente.

Beliau dikhabarkan hanya akan beraksi selama empat bulan bersama skuad Harimau Selatan dan semestinya hanya untuk aksi Liga Super dan saingan AFC Champions League.

Selamat datang diucapkan dan selamat berjuang buat Bergson Da Silva. Welcome Home of The Southern Tigers.