MFL luluskan pindaan perlawanan KL-Perak

Liga Bolasepak Malaysia atau Malaysian Football League telah meluluskan pindaan perlawanan yang membabitkan antara Kuala Lumpur dan Perak bagi perlawanan ke-3 Liga Super.

Pasukan Perak telah membuat permohonan bertarikh 13 Februari kepada MFL bagi meminda perlawanan tersebut bagi memberi laluan dan rehat yang cukup untuk para pemain sebelum terbang ke Korea bagi menghadapi saingan kelayakkan ke-3, Liga Juara-Juara AFC 2019 menentang Ulsan Hyundai pada 19 Februari 2019.

“Untuk makluman semua, dengan mengutamakan agenda bola sepak negara bermain di peringkat antarabangsa, perlawanan tersebut akan dipinda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak.” – Kenyataan yang dikeluarkan MFL menerusi laman sosial rasmi.

MFL memberi sokongan penuh dengan semangat kesukanan untuk melihat pasukan Perak berjaya melangkah ke peringkat seterusnya dalam kejohanan Liga Juara-Juara AFC 2019. Kami juga mengucapkan selamat berjuang buat Perak.