MIFA dikenali PJ City FC

Kemunculan baharu Liga Super 2019, MISC-MIFA atau Malaysian Indian Sports Council-Malaysian Indian Football Association (MISC-MIFA) mengumumkan Petaling Jaya City FC sebagai nama yang akan digunakan dalam kancah Liga Malaysia.

Pengumuman itu dibuat sempena Majlis pelancaran rasmi pasukan itu Petaling Jaya sekaligus meletakkan penjenamaan semula pasukan tersebut sebagai permulaan untuk lebih profesional dan berdaya saing.

Namun beberapa pengenalan menjadi persoalan dengan logo baharu PJ City FC yang mirip kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester City FC. Setelah diterangkan, Pasukan tersebut diambil sepenuhnya oleh Kumpulan Qi yang merupakan rakan penaja pasukan Manchester City melalui produk perniagaannya iaitu Qnet.

Qnet juga akan menjadi penaja utama pasukan PJ City FC bagi musim 2019 dengan menggunakan kit Puma sepertimana pelancaran dan perkenalan logo, nama dan jersi pasukan.

Menurut laman web semuanyabola.com, Editor memberitahu terdapat persamaan dengan beberapa kelab dibawah naungan City Football Group (NFG). Namun tidak dipastikan sama PJ City FC dibawah naungan yang sama seperti kelab New York City, Melbourne City dan Yokohama F Marinos tetapi tidak mustahil PJ City FC akan menjadi sebahagian daripada CFG.

Image may contain: 6 people, people smiling, people standing and suit
PJ City FC has officially been launched yesterday! Foto: Facebook PJ City FC

Ini berikutan kenyataan yang dibuat oleh Pengerusi Eksekutif Kumpulan Qi, Datuk Seri Vijay Eswaran yang memberitahu pihaknya telah mengambil alih sepenuh pasukan itu, dan MIFA hanya bertindak dan berperanan sebagai feeder club kepada pasukan.

“Kami telah mengambil alih dan MIFA tidak akan mengendalikan pasukan ini lagi. MIFA akan berperanan sebagai “feeder club” (kelab sokongan) sebagai sumber untuk mencari bakat baharu dan pembangunan akar umbi. Kami akan bekerjasama dengan mereka,” kata Pengerusi Eksekutif Kumpulan Qi, Datuk Seri Vijay Eswaran.

Dalam sidang media pertamanya, Beliau turut mengesahkan nama pasukan dan warna jersi tersebut diambil daripada pasukan Manchester City dan mahu membina kelab yan hebat di tambah lagi di saat bersaing dalam Liga Super.

Menurut sumber itu juga, Kumpulan Qi telah menjalinkan kerjasama dengan Manchester City FC selama 5 tahun dengan meletakkan Qnet sebagai salah satu rakan penaja pasukan itu.