MotoGP: Marquez ambil kesempatan kesilapan Rossi

SEPANG: Meskipun dikenakan enam penalti grid namun pelumba Repsol Honda, Marc Marquez mampu memenangi perlumbaan Grand Prix Malaysia, sebentar tadi.

Pelumba Suzuki Ecstar, Alex Rins dan Monster Yamaha Tech3, Johann Zarco melengkapkan pentas podium di Litar Antarabangsa Sepang apabila masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.

Pelumba negara, Hafizh Syahrin Abdullah menamatkan saingan pertamanya dalam kelas MotoGP di laman sendiri dengan berada di tempat ke-10 selepas memulakan saingan dari petak ke-23.