MPL: JDT II terus unggul kuasai Liga Premier

Skuad Johor Darul Ta’zim II terus unggul untuk menguasai Liga Premier 2019 selepas menang 7 dari 10 perlawanan dengan bakinya mencatat seri sekaligus mengekalkan rekod tanpa kalah untuk pusingan pertama atau pertengahan liga.

JDT II mengutip 24 mata meninggalkan UiTM FC dan Sabah yang masing kutip 20 dan 18 mata. Jika dihitung asal, JDT II telah menewaskan 8 perlawanan tetapi kemenangan ke atas Perlis pada permainan awal liga tidak kira sebaik sahaja pasukan Singa Utara disingkirkan.

Kedudukan ini sudah cukup membuktikan prestasi skuad pembangunan JDT atau skuad simpanan berada pada landasan terbaik dan konsisten bersama-sama pasukan JDT yang kini juga berada di persada liga Super.

Image may contain: 11 people, outdoor
Kesebelasan utama ketika menentang Selangor United di MPPG. Foto Johor Southern Tigers

Skuad bimbingan Ervin Boban mempertaruhkan 50% skuad muda dengan dibantu pemain senior agar dapat mendidik dan memotivasikan diri kepada cabaran sebenar, sebelum di antara mereka diserap ke skuad utama.

Antara skuad JDT II sebelum ini yang telah diserap ke skuad utama adalah Afiq Fazail, Haziq Nadzli, Dominic Tan, Hasbullah, dan Syazwan Andik.

Perkembangan ini menunjukkan program dan hala tuju perancangan pasukan JDT berjalan lancar dan sentiasa perbaiki kelemahan untuk menjadikan pasukan JDT sebagai pasukan yang konsisten dalam pembangunan akar umbi.