Musim sejuk cabaran buat JDT

Keadaan cuaca pada suhu 7’C tidak boleh jadikan halangan dan sebab untuk JDT pamer aksi terbaik untuk saingan pertama Kejohanan AFC Champions League yang akan berlangsung esok. Pertemuan dengan Kashima Antlers pastinya cabaran sebenar yang turun sebagai juara bertahan disamping JDT, kelab kerdil yang membuat penampilan pertama dalam sejarah bolasepak Malaysia.

Aksi pertama membuka tirai perlawannan Kumpulan E, JDT akan berhadapan dengan Kashima Antlers pada 5 Mac 2019 di Stadium Bolasepak Kashima pada jam 7.00 petang waktu tempata (6.00 petang waktu Malaysia). Satu lagi pertemuan dalam kumpulan sama, Gyeongnam FC akan bertemu Shandong Luneng di Stadium Bolasepak Changwon, Korea Selatan.

Kashima Antlers tidak berdepan masalah untuk mara ke AFC Champions League musim 2019 meskipun terpaksa beraksi di peringkatan playoff. Selaku status juara bertahan, Kashima Antlers mudah mengetepikan cabaran Newcastle Jet dengan jaringan 4-1 sebelum menduduki kumpulan E bersama-sama Gyeongnam FC dan Shandong Luneng.

JDT pula mara secara merit sebagai Juara Liga Super Malaysia 2018, buat pertama kali dalam sejarah pasukan dari Malaysia mara ke peringkat kumpulan. Memulakan aksi liga domestik dengan menang 4 perlawanan dengan 1 seri dari 5 perlawanan pertama.

Mengetahui ianya cabaran getir buat JDT, para pemain harus cepat menyesuaikan diri dengan keadaan cuaca, fokus dengan taktikal, rentak permainan dan tidak boleh melakukan kesilapan.

Sepertimana yang diketahui, pasukan-pasukan gergasi kelab dari Asia khususnya yang beraksi di pentas ACL, permainan pantas, pergerakkan agresif, short pass, one touch, antara ramuan yang cukup sinonim dan JDT perlu mengadaptasikannya.

Apapun keputusan, pastinya perkara kedua bagi seluruh penyokong Harimau Selatan. Dan yang pasti dan semestinya, persembahan yang menarik dan mampu mencipta kejutan adalah sangat-sangat diharapkan. Selamat maju jaya buat JDT.