Naik kancil jer datang Pusat Latihan

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor berangkat ke Pusat Latihan untuk menyaksikan latihan pasukan JDT yang akan menentang Selangor minggu ini.

Menarik perhatian adalah keberangkatan Tunku Ismail hanya dengan menggunakan kereta Kancil keluaran Perodua, salah sebuah kereta milik baginda dengan no.pendaftaran JBL2. Perkara itu dikongsikan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers,

Meskipun ada yang membayangkan Tunku Ismail atau lebih mesra dengan nama TMJ, lebih menggayakan kereta yang lebih besar dan selesa; namun bagi kami tidak sebaliknya lebih menunjukkan citarasa dan keinginan.

Dalam perkembangan lain, aksi latihan tersebut turut menampilkan Kapten, Hariss Harun dan Mathiew Davies yang kembali menjalani latihan bersama pasukan.

FOTO: JOHOR Southern Tigers

Ketiadaan kedua-dua pemain menjadi tanda tanya buat peminat JDT apabila tidak diturunkan pada 3 aksi terakhir yang kapten digalas oleh Farizal Marlias (vs Pahang) dan Aidil Zafuan. Manakala S. Kunanlan kembali ke posisinya menggantikan tempat Matt sebelum ini.

Ramai yang menyatakan dan beranggapan, mereka menjalani kuarantin wajib berikutan pulang dari luar negara. Apapun kehadiran mereka pasti menambah sengat dan ramuan buat JDT yang akan turun beraksi menentang Selangor sabtu ini.