Pahang seri dengan Melaka, J dipersalahkan?

Apa kena mengena pasukan JDT dengan keputusan Pahang dan Melaka United? Rata-rata komen di medium media sosial tidak kira di laman rasmi MFL mahupun laman rasmi Melaka United atau Pahang FA menyalahkan JDT dengan keputusan tersebut dan sepakan penalti di minit akhir perlawanan.

Apapun keputusan semalam yang mencatat jaringan 1-1 pastinya tertumpu kepada pungutan liga dan kejadian sepakan penalti yang diterima pasukan tuan rumah Melaka United pada minit akhir perlawanan.

Ianya bukan sahaja menyebabkan para pemainnya bengang, namun turut terpalit reaksi kurang senang Ketua Jurulatih Pahang. Pahang terlebih dahulu perolehi gol seawal minit ke-5 atas kesilapan mudah Apek. Keputusan 1-0 pastinya dalam genggaman untuk 3 mata yang sangat berharga untuk menjarakkan kedudukan dengan JDT.

Image may contain: one or more people, crowd and outdoor

Melaka United juga yang mempunyai mata yang sama dengan kedua pendahulu liga setakat ini, pastinya tidak mahu mengalah dan pasti inginkan mata untuk terus mengekori rapat pendahulu.

Tindakan pengadil yang menghadiahkan sepakan penalti buat Melaka United, bagaikan ikutan yang sama diterima JDT ketika menentang Terengganu yang dihadiahkan sepakan penalti. Senang cerita, netizen beranggapan pasukan JDT dan penalti tidak dapat dipisahkan.

Namun kejadian semalam, memberi gambaran bahawa Melaka United mengikuti jejak langkah JDT untuk mendapatkan gol menerusi sepakan penalti, ditambah lagi sepakan penalti diambil oleh bekas Kapten pasukan JDT.

Image may contain: 4 people, people playing sports and outdoor
Foto: Melaka United

Apapun keputusan, marilah kita sama-sama perhalusi tindakan para pemain sehingga pengadil bertindak menghadiahkan penalti. Janganlah mengasari pemain di dalam kotak, melakukan terjahan keras mahupun kekasaran yang mengundang. Bahkan menurut Ketua Jurulatih Zainal Abidin Hassan, “Memang penalti” untuk pasukannya.