Pas masuk pelancaran sudah habis diedarkan

Selang sehari saja lagi menjelang acara yang akan menjadi sejarah buat kelab bolasepak JDT apabila Stadium baharu Sultan Ibrahim bakal dilancarkan secara rasmi oleh DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.

Kemeriahan ini dapat dirasai selepas pas masuk ke majlis pelancaran telah habis diedarkan kepada penyokong dan peminat Harimau Selatan dalam masa 1 hari sahaja.

Image may contain: text

JDT mula membuat edaran pas masuk kepada para penyokong bermula 19 Februari di kaunter Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin. Turut edaran diberikan kepada pemegang pas bermusim dan para penyumbang Yayasan JDT.

Dalam perkembangan lain, JDT turut mengumumkan penampilan istimewa penyanyi dan penulis lagu serta pemenang pelbagai anugerah dari Britain, Leona Lewis pada acara akhir perasmian tersebut.

Image may contain: 1 person, text