Pasukan Kebangsaan Nepal nak lawan dengan JDT

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah menerima permintaan dari All Nepal Football Association untuk mengadakan perlawanan persahabatan dengan skuad kebangsaan Nepal pada 26 Ogos 2019. Ianya diumumkan menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Skuad kebangsaan Nepal akan berkunjung ke Johor sebagai persiapan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023, di mana Nepal yang berada dalam kumpulan B bersama-sama dengan Australia, Jordan, Chinese Taipei dan Kuwait.

Aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023 akan bermula September dengan Nepal akan bertandang ke Kuwait pada 5hb sebelum bertemu Chinese Taipei, 10hb September 2019.

Skuad Harimau Selatan yang akan menentang Nepal dengan bakal dibarisi para pemain dari skuad senior dan JDT II. JDT sebelum pernah bertemu pasukan kebangsaan Palestine yang berkesudahan JDT tewas 1-4.