Pemain JDT sumbang dana ke Tabung Covid-19

Image may contain: 1 person, text

Kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) menjadi pasukan pertama yang memberikan sumbangan dari gaji pemain kepada golongan yang terkesan dengan krisis penularan wabak COVID-19 yang sedang melanda negara ketika ini.

Perkara itu diumumkan menerusi ketua pasukan JDT, Hariss Harun di laman facebook rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers dan memaklumkan semua sumbangan tersebut akan diserahkan kepada Tabung Bencana Negeri Johor.

“Para pemain Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menyumbangkan sebahagian daripada gaji kami kepada Tabung Bencana Negeri Johor dengan harapan ia dapat meringankan beban mereka-mereka yang terjejas disebabkan oleh penularan wabak COVID-19,”

“Penularan wabak COVID-19 telah mencabar setiap dari kita dan masyarakat perlu sama-sama berganding bahu menghadapi waktu mencabar ini.

FOTO JOHOR Southern Tigers


“Saya berharap sumbangan kami dapat membantu banyak pihak dan saya menyeru agar ramai lagi tampil ke hadapan dan melakukan apa jua bentuk sumbangan bagi membantu kita semua mengharungi episod gelap ini.”

Sebelum itu, JDT turut menzahirkan penghargaan mereka kepada semua frontliner atau pejuang barisan hadapan yang telah berkorban dan mempertaruhkan nyawa berdepan dengan tugasan untuk memerangi wabak COVID-19. Mereka turut menyeru semua rakyat Malaysia agar memainkan peranan masing-masing sepanjang tempoh sukar ini.

Di waktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), marilah sama-sama kita patuhi arahan kerajaan dengan kekal duduk di rumah dan sentiasa menjaga kebersihan diri terutama kerap mencuci tangan.