Penyerang Terbaik ABK 2018 turun sesi latihan

Pemain Penyerang ABK 2018, Akhyar Rashid buat pertama turun ke sesi latihan bersama pasukan baharunya, Kelab Bolasepak JDT malam semalam.

Akhyar Rashid yang baru saja menyertai Juara Liga Super 5 kali itu kelihatan menjalani latihan kali pertama bagi musim 2019.

Ianya didedahkan sendiri menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Menurut gambar yang dikongsikan, Akhyar turut diperkenalkan kepada pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Walaubagaimanapun, kelibat pemain import JDT, Diogo Luis Santo belum kelihatan.

Akhyar Rashid merupakan satu-satunya pemain tempatan yang dibawa masuk ke kem JDT bagi musim 2019. Namun ketika ini, perpindahannya ke JDT tidak disenangi majikan lama yang kini dalam proses membawa pengetahuan tersebut ke FIFA dan Mahkamah Timbang Tara (CAS).

Kami penyokong JDT sentiasa bersama pasukan dan akan terus mendoakan kejayaan buat Akhyar dan JDT. Berikanlah aksi yang terbaik dan belajarlah seberapa boleh untuk tingkatkan prestasi sekaligus dapat menyumbang kepada kelab dan negara.

Foto: JOHOR Southern Tigers