Penyokong ‘berkhemah’ untuk Final Piala Malaysia

Sudah biasa. Itulah yang boleh kami simpulkan selepas perkongsian beberapa foto ‘perkhemahan’ para penyokong JDT untuk mendapatkan tiket perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 esok.

Sudah kebiasaan untuk mana-mana perlawanan yang dinantikan, kesetiaan para penyokong jelas terpancar untuk tidak melepaskan peluang memberikan sokongan buat pasukan di pentas Akhir.

Apatah lagi pertembungan Akhir ulangan tahun 2017 iaitu antara Juara Piala FA 2019, Kedah menentang Juara Enam kali berturut-turut Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim.

Jualan tiket mula dijual pada jam 9.00pagi esok 31 Oktober 2019 di kaunter tiket Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan harga RM50 untuk setiap satu manakala RM5 untuk kanak-kanak.

Dilihat para penyokong telah mula memacak khemah di perkarangan stadium seawal jam 9.00 ke 10.00malam untuk terus bermalam sehingga menangi kaunter tiket dibuka jam 9.00 pagi.

Ini adalah perlawanan terakhir pasukan JDT untuk musim 2019 dan pastinya impian untuk menjulang piala tertua ini yang disifatkan berprestij akan menjadi kenyataan dan sebagai tanda hadiah serta sokongan kepada penyokong.

Johor Darul Ta’zim telah mendakap dua Piala untuk musim 2019 ini dengan Piala Sumbangsih dan Piala Liga Super. Piala Sumbangsih dicapai selepas menewaskan Perak 1-0. Manakala kejuaraan liga dimenangi untuk kali keenam berturut-turut.

Foto kredit: Mohamad Hanif