Penyokong JDT gembira dapat tiket dengan mudah

Terpancar kegembiraan kepada para penyokong Johor Darul Ta’zim yang mulai dapat tiket bagi perlawanan Akhir Piala Malaysia 2019 di antara Kedah menentang JDT pada 2 November ini.

Para penyokong yang beratur seawal pagi sebaik sahaja kaunter di buka jam 9.00 sambil di kawal rapi Marshall untuk menyusun kaunter-kaunter yang disediakan pihak stadium dengan teratur dan kemas.

Sejumlah 25,860 keping tiket dijual di kaunter termasuk 750 keping tiket kanak yang dijual pada harga Rm50 untuk dewasa dan Rm5 untuk kanak-kanak. Selebihnya dijual menerusi online di http://www.tickethotline.com.my dan Shopee.

Dalam pada itu, JDT juga turut menyediakan kaunter khas istimewa khusus untuk para pemegang pass bermusim, dan kaunter khas penjualan untuk para penyumbang Yayasan JDT yang dijual di Restoran Selasih.

Terima kasih atas sokongan anda dan berhati-hati dalam perjalanan ke Kuala Lumpur. Semoga selamat pergi dan balik. Dan semoga kemenangan di pihak kita. Luaskan Kuasamu Johor.