Persahabatan: JDT belasah Balestier Khalsa

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan aksi persahabatan antarabangsa menentang Balestier khalsa di Stadium Sultan Ibrahim malam tadi yang berkesudahan JDT menang 7-0.

Diogo Santo mencipta hatrik pada perlawanan tersebut selepas menjaringkan gol pada minit 20 sebelum menammbah 2 lagi gol pada babak kedua pada minit 62 dan 65.

Dua pertahanan JDT, Aidil Zafuan dan Mauricio masing-masing turut menyumbang gol pada minit 53 dan 61. Dua lagi gol disumbangkan oleh Leandro Velazquez pada minit 72 dan Hazwan Bakri minit 78.

Image may contain: stadium

Pertahanan baru, Matthew Davies turut kelihatan beraksi sebagai pemain gantian. Pemain lain yang turut kelihatan beraksi adalah Liridon Krasniqi, S. Kunanlan, Akhyar Rashid dan Natxo Insa.

No photo description available.

Foto JOHOR Southern Tigers