Persahabatan: JDT belasah UiTM 8-0

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Aksi persahabatan kedua malam tadi membuktikan betapa JDT telah cukup bersedia dari segenap segi termasuk menurunkan hampir kesemua pemain JDT bagi melihat tahap kecergasan dan kesediaan pemain dalam mengharungi saingan Liga Malaysia 2020.

JDT membelasah UiTM FC dengan jaringan besar 8-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos Larkin hasil jaringan hatrik Diogo Santo pada minit 11, 23 dan iikuti minit 34 sebelum Gonzalo Cabrera meledak gol minit 29 menjadikan kedudukan 4-0 pada babak pertama.

Separuh masa kedua, JDT menambah jaringan menerusi Leandro Sebastián Velázquez pada minit 49 dan 51. Nazmi Faiz turut menyumbang gol pada minit 77 sebelum Syamer Kutty Abba menambah gol ke-8 menerusi sepakan penalti pada minit ke-82.

Berangkat hadir mencemar duli menyaksikan perlawanan persahabatan, Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor.

Image may contain: 1 person, standing
DYAM Tunku Mahkota Johor. Foto: JOHOR Southern Tigers
Image may contain: 11 people, outdoor
Barisan kesebelasan utama JDT. Foto: JOHOR Southern Tigers

Antara pemain-pemain yang dilihat beraksi malam tadi adalah 1) Farizal Marlias; 2) Diogo Santo; 3) Mauricio; 4) Fadhli Shas; 5) Natxo Insa; 6) Corbin Ong; 7) Gonzalo Cabrera; 8) Leandro; 9) S. Kunanlan; 10) Afiq Fazail; 11) Safawi Rasid; 12) Syamer Kutty; 13) Aidil Zafuan; 14) Akhyar Rashid; 15) Liridon; 16) Ramadhan; 17) Syafiq Ahmad; 18) Syazwan Andik; 19) Nazmi Faiz; 20) Adam Nor Azlin;

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor
Diogo Santo. Foto: JOHOR Southern Tigers