Persahabatan: JDT buka gelanggang Stadium Sultan Ibrahim

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka tirai aksi di Stadium Sultan Ibrahim apabila menerima kunjungan pendatang baharu Liga Premier Kuching FA semalam.

Kuching FA bertandang ke Johor untuk menguji pasukan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dan JDT II adalah sebagai persiapan sebelum liga bermula bagaimanapun, terpaksa terima hakikat kekalahan 4-0 di tangan Juara Liga Super untuk 6 musim berturut-turut.

Lebih manis buat Kuching FA apabila menjadi pasukan pertama beraksi di Stadium baharu JDT yang bakal digunakan secara rasmi musim 2020. Pelancaran stadium ini dijangka berlangsung pada pertengahan Februari 2020.

Gol-gol dijaringkan oleh Diogo Santo pada minit 35 sebelum Hazwan Bakri menambah pada minit 65. 3 minit berselang, Leandro Velazquez meledak untuk gol ketiga.

Penampilan pertama sejak sekian lama tidak beraksi akibat kecederaan pada musim 2018, Liridon Krasniqi masuk sebagai pemain gantian sebelum berjaya menyudahkan jaringan untuk JDT pada minit 71. Keputusan 4-0 kekal sehingga perlawanan.

Mengikut jadual yang dirancang, Kuching FA akan mengadakan aksi persahabatan dengan JDT II. Namun dipelawa untuk menentang pasukan JDT dan beraksi di Stadium Sultan Ibrahim. Keterujaan terselah apabila merasai suasana stadium baharu dan yang lebih penting padang terbaik yang digunakan.