Piala AFC: Aksi JDT tanpa import jadi kebanggaan penyokong

Meskipun mencipta kemenangan ke atas Song Lam Nghe An pasukan dari Vietnam, namun kedua-dua pasukan ini telahpun mengesahkan tersingkir dalam saingan Piala AFC 2018. Pasukan pelawat seharusnya mengutip sekurang-kurang 1mata untuk menjadi pasukan ke2 terbaik peringkat kumpulan sebelum layak ke peringkat seterusnya dengan pasukan Home United tewas di tangan Ceres dalam satu lagi kumpulan.

Walaupun JDT juga berpeluang mara tetapi saingan cukup getir yang mana skuad Harimau Selatan perlu menang besar sekurang-kurangnya 5-0 ke atas Song Lam Nghe An dan juga mengharapkan pasukan Home United atau Ceres mencipta jaringan lebih besar.

Berbekal hampir keseluruhan perlawanan di Piala AFC, JDT berbekalkan pemain tempatan, aksi dan prestasi yang diberikan amat dibanggakan. Ianya juga dilihat tanpa kelibat Pereyra Diaz (yang hanya beraksi pada perlawanan pertama menentang Persija dengan kemenangan 3-0) begitu juga ketiadaan penyerang prolifik, Luciano Figuera yang mengalami kecederaan dan sorang lagi pemain JDT, Gonzalo Cabrera yang gagal didaftarkan untuk saingan AFC.

Apapun tahniah ditujukan kepada semua pemain tidak kira kesebelasan utama mahupun simpanan yang sentiasa bekerja keras memastikan kemenangan untuk JDT. Menyaksikan perlawanan semalam, JDT turun beraksi dengan mengekalkan semua pemain tempatan sehingga minit pertengahan separuh masa kedua, Marcos Antonia masuk menggantikan Fadhli Shas.

Image may contain: 2 people, people playing sports, grass and outdoor
Foto: JOHOR Southern Tigers

PIALA AFC 2018 | JDT VS SONG LAM NGHE AN FC

KEPUTUSAN PENUH
JDT [3-2] SONG LAM NGHE AN FC

Safawi Rasid 36′
Syafiq Ahmad 38′,
Safiq Rahim 66’(pen)
Nguyen Viet Nguyen 41′
Ho Tuan Tai 45’+1

ULASAN PERLAWANAN

Johor Darul Ta’zim membuka jaringan melalui rembatan padu Safawi Rasid hasil bantuan Natxo Insa pada minit ke-36. Dua minit berikutnya giliran Syafiq Ahmad menanduk bola hantaran La’vere Corbin-Ong. Pasukan pelawat bagaimanapun menyamakan kedudukan pada minit ke-41 dan masa tambahan melalui Nguyen Viet Nguyen dan Ho Tuan Tai sebelum tamat separuh masa pertama. Safiq Rahim kembali meletakkan tuan rumah dihadapan melalui sepakan penalti yang diambil pada minit ke-66. Perlawanan tamat dengan keputusan 3-2 memihak kepada Johor Darul Ta’zim. Seramai 4,170 penyokong hadir menyaksikan perlawanan ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published.