Piala Malaysia: JDT guna Stadium Larkin

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menggunakan Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin bagi saingan Piala Malaysia musim 2020 yang dijadualkan berlangsung pada November depan.

Ianya berikutan, Stadium rasmi JDT, Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri akan ditutup bagi kerja-kerja menaiktaraf padang yang dilihat tidak memuaskan.

Pengumuman itu dibuat sendiri oleh Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor pada sidang media baru-baru ini.

Aksi Piala Malaysia musim 2020 akan dilangsungkan secara kalah mati menerusi cabutan undi bermula peringkat saingan 16 pasukan. Perlawanan juga akan berlangsung satu perlawanan tanpa timbal balik yang mungkin melibatkan hanya 3-4 minggu sebelum pentas Akhir.