Piala Sumbangsih masih di JDT

Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka tirai Liga Malaysia dengan langkah Kelab Johor Darul Ta’zim (JDT) membuka tirai Liga Malaysia dengan langkah kanan apabila menjuarai Piala Sumbangsih 2019 selepas menundukkan Perak 1-0 di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.

Gol tunggal perlawanan menerusi pemain import Gonzalo Cabrera pada babak pertama sudah cukup untuk memastikan pasukan tuan rumah mengutip tiga mata dalam perlawanan yang turut diiktiraf aksi unifi Liga Super itu.

Kejayaan itu juga membolehkan JDT muncul pasukan paling berjaya dengan empat gelaran selepas Selangor (8) apabila mempertahankan trofi yang diraih menerusi kemenangan ke atas Kedah 2-1 di venue sama pada musim lalu.

Image may contain: 1 person, playing a sport, stadium and outdoor

Pada separuh masa pertama, skuad bimbingan Benjamin Mora tampil garang mempamerkan persembahan agresif menerusi gerakan awal Safawi Rasid tetapi rembatan pemain paling bernilai kebangsaan 2018 itu gagal menemui sasaran pada minit ke-7.

JDT juara bertahan unifi Liga Super terus memberikan tekanan kepada pasukan pelawat menerusi dua percubaan Natxo Insa dan Cabrera tetapi dua percubaan itu berjaya diselamatkan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim pada minit ke-22 dan 31.

Saat yang dinanti-nantikan lebih 22,510 penyokong Harimau Selatan akhirnya tiba apabila Cabrera membuka tirai jaringan selepas sepakan lambungnya berjaya memperdayakan Hafizul pada minit ke-40.

Bersambung di babak kedua perlawanan, Perak cuba mengatur gerakan tetapi benteng pertahanan JDT yang diketuai Adam Nor Azlin dan Mauricio Dos Santos mudah mematahkan asakan skuad kendalian Mehmed Durakovic.

Image may contain: 2 people, people playing sports and outdoor

Peminat-peminat JDT akhirnya dapat menyaksikan bekas penyerang Buriram United dari Brazil, Diogo Luis Santo membuat penampilan pertama apabila masuk menggantikan Syafiq Ahmad pada minit ke-79

Perak yang muncul juara unifi Piala Malaysia tahun lalu cuba bangkit pada minit akhir dalam usaha mengikat kedudukan namun ketiadaan pemain import Gilmar yang digantung perlawanan jejas dirasai di bahagian serangan mereka.

Trofi Piala Sultan Haji Ahmad Shah disampaikan oleh Presiden JDT, Tunku Tun Aminah Sultan Ibrahim kepada kapten Hariss Harun untuk dijulang selepas permainan tamat.

JDT bakal menanti kunjungan Kuala Lumpur manakala Perak bertemu Kedah di Stadium Perak, Ipoh pada 8 Februari depan bagi aksi kedua unifi Liga Super.