Pra-musim: JDT akur kekuatan Juara Liga Latvia

DUBAI: Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terpaksa akur dengan kekuatan Riga FC yang juga merupakan Juara Latvia League dengan jaringan 0-2 dalam perlawanan persahabatan pra-musim di UAE malam tadi.

JDT menurunkan kesebelasan utama dengan Diogo – Cabrera – Safawi kekal di bahagian serangan bantuan di bahagian tengah oleh Leandro, Nazmi dan Kapten pasukan Hariss Harun. Barisan pertahanan, JDT mengandingkan Fadhli Shas dengan Mauricio di apit Corbin Ong dan S. Kunanlan.

Tiada apa dapat diulas mengenai aksi ini kerana ia adalah perlawanan persahabatan untuk mencari kesesuaian pemain dan taktikal selain mengatur strategik yang terbaik antara pemain dan persembahan.

Gol Riga FC di jaringkan oleh Roman Debelko pada minit 35 untuk mendahului 1-0 dan keputusan kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Gol kedua terhasil pada minit-minit akhir perlawanan menerusi Felipe Brisola untuk menjadikan kedudukan tamat 2-0.

JDT akan berhadapan Dibba Al-Fujairah Club pada perlawanan persahabatan kedua pra-musim di Dubai pada 23 Januari ini sebelum pertemuan dengan skuad kebangsaan Turkmenistan pada 26 Januari 2020.