Pra-musim: JDT benam Juara 7 kali kelab Slovakia, MŠK Žilina

Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) terus mempamerkan aksi terbaik selepas berjaya membenam kelab dari Slovakia, MSK Zilina dengan keputusan 2-1.

Dua gol JDT disumbangkan oleh Gonzalo Cabrera pada minit ke2 dan minit ke-19 manakala gol saguhati pelawat dijaringkan oleh Vahan Bichakhchyan pada minit 39.

JDT membuat beberapa perubahan dalam kesebelasan utama dengan membawa masuk Azrif Nasrulhaq di bahagian pertahanan yang menggantikan S. Kunanlan. Begitu juga di bahagian serangan dengan Akhyar Rashid turun menggantikan Safawi Rashid.

Image may contain: 11 people, outdoor

JDT yang dalam rangka jelajah pra-musim di dubai telah mengharungi 4 perlawanan dengan tewas pada perlawanan pertama 0-2 di tangan Juara Liga Latvia, Riga FC. Berjaya cipta kemenangan 1-0 ke atas Kelab UAE, Dibba Al-Hujairah dan tewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan 2-1.

JDT akan mengakhiri pra musim dengan bertemu Emirate FC pada 30 Januari sebelum kembali ke bumi Johor dan persiapan terakhir bagi menghadapi saingan AFC Champions League.

Image may contain: 1 person, playing a sport and outdoor

FOTO: JOHOR Southern Tigers