Pra-musim: JDT berdepan 5 perlawanan profil tinggi

Pre-Season 2020 JDT di Dubai akan menemukan 5 perlawanan persahabatan antarabangsa boleh diklasifikasikan sebagai perlawanan berprofil tinggi dengan menentang kelab-kelab ternama.

JDT akan bertemu Kelab dari Latvia, Riga FC pada perlawanan pertama 20hb Januari 2020. Rifa FC merupakan juara liga Latvia musim 2019, dan layak ke peringkat kelayakkan UEFA Champions League 2019/2020.

Aksi kedua bertemu Dibba Al-Fujairah FC, pada 23 Januari sebelum bertemu skuad kebangsaan Turkmenistan pada 26 Januari 2020. Pasukan kelab yang pernah beraksi di UEFA Champions League, MSK Zilina dari Slovakia menjadi kelab keempat aksi persahabatan pada 29hb Januari 2020.

MSK Zilina kini menduduki tangga kedua liga utama Slovakia dan perlawanan terakhir, JDT akan berhadapan dengan satu lagi kelab UAE, Emirates FC pada 30hb Januari 2020. Kesemua perlawanan berlangsung di Dubai, UAE.

Pemilik JDT, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja sebelum ini pernah memberitahu bahawa biarlah kita tewas dengan jaringan besar, asalkan pasukan mampu memperbaiki setiap kelemahan dan pertingkatkan prestasi pemain dalam menghadapi pasukan hebat.

Ianya pasti menjurus kepada aksi saingan di AFC Champions League di mana JDT akan bertemu dengan pasukan kuasa bolasepak Asia iaitu Vissel Kobe, Suwon Samsung Bluewings, dan Guangzhou Evergrande.

Pastinya aksi persahabatan ini akan menjadi ruang dan peluang untuk Ketua Jurulatih mengatur strategik dan taktikal untuk diterapkan dalam pasukan, selain melihat kecergasan pemain bagi menghadapi saingan musim 2020.

Image may contain: 1 person