Pra-musim: JDT tewaskan skuad kebangsaan Turkmenistan

Pastinya ramai tidak menjangkakan skuad bimbingan Benjamin Mora mampu untuk menewaskan pasukan kebangsaan Turkmenistan 2-1 pada aksi persahabatan semalam di Stadium Jebel Alli Coe, Dubai.

Turkmenistan kini berada di ranking 129 dunia, menurunkan kesebelasan terbaik untuk menghadapi JDT. Begitu juga skuad Harimau Selatan yang membariskan kesebelasan utama cuma perubahan pada bahagian tengah.


Kemasukkan Azrif Nasrulhaq dan Nazmi Faiz kembali untuk melihatkan prestasi masing selain mengekalkan 3 trio utama bahagian serangan dengan Diogo, Cabrera dan Safawi.

JDT terlebih dahulu menjaringkan gol menerusi sepakan penalti menerusi Safawi Rasid pada minit 39. Keputusan 1-0 kekal hingga tamat separuh masa pertama.

Menurut laporan keputusan, Turkmenistan berjaya menyamakan kedudukan pada minit 53 menerusi Metdayev Akmammet untuk 1-1 sebelum Diogo Santo meletakkan kembali di depan juga menerusi sepakan penalti pada minit 61. Keputusan tamat Turkmenistan tewas 1-2 kepada JDT.


JDT akan memulakan kempen musim 2020 apabila terus terbang ke Jepun bagi menghadapi saingan AFC Champions League menentang Vissel Kobe pada 12 Februari 2020 sebelum menanti kunjungan Guangzhou Evergrande di Stadium Larkin pada 19 Februari 2020.

Bagi saingan liga domestik, JDT akan mula beraksi pada perebutan Piala Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari 2020.