Pra-musim: JDT turun ‘padang’ ke Dubai City

Para pemain JDT diberi kesempatan untuk turun ‘padang’ bagi mengambil inspirasi dan ‘view’ Dubai City yang tersergam indah selepas mengharungi 3 perlawanan persahabatan Pra musim di negara arab itu.

Meskipun masih berbaki 2 lagi perlawanan, peluang diberikan kepada pemain untuk beriadah dan merehatkan minda selain menyesuaikan keadaan dengan cuaca disana.

JDT yang dalam pra musim di Dubai kini telah beraksi 3 perlawanan dengan 2 daripadanya berjaya mencipta kemenangan selepas menewaskan Dubba Al-Hujairah Club 1-0 dan skuad kebangsaan Turkmenistan dengan 2-1 selain tewas dengan Riga FC dengan 0-2.

Image

Masih berbaki 2 perlawanan iaitu menentang MSK Zilina pada 29 Januari 2020 sebelum perlawanan terakhir menentang Emirates FC pada 30 Januari 2020.

JDT akan memulakan kempen musim 2020 apabila terus terbang ke Jepun bagi menghadapi saingan AFC Champions League menentang Vissel Kobe pada 12 Februari 2020 sebelum menanti kunjungan Guangzhou Evergrande di Stadium Larkin pada 19 Februari 2020.

Bagi saingan liga domestik, JDT akan mula beraksi pada perebutan Piala Sumbangsih menentang Kedah di Stadium Sultan Ibrahim pada 28 Februari 2020.