Pra-musim 2019 paling memuaskan – TMJ

Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor menjelaskan pra-musim pada tahun 2019 adalah yang paling memuaskan berdasarkan kepada persiapan yang dilakukan oleh pasukan.

Baginda yang telah mengharungi banyak pramusim sebelum ini memberitahu baginya, pramusim adalah waktu yang paling mustahak setiap tahun sebagai petunjuk awal prestasi bagaimana pasukan ini akan berjalan.

“Saya telah mengharungi banyak pramusim sebelum ini dan bagi saya, pramusim adalah waktu yang paling mustahak setiap tahun kerana ia memberi kami petunjuk awal tentang bagaimana musim kami akan berjalan.”

“Untuk musim ini, saya sangat teruja dan saya tidak pernah segembira ini apabila melihat ‘energy’ yang ditunjukkan oleh pemain, gaya permainan dan intensiti mereka. Ia menakjubkan. Para pemain tidak sabar menunggu musim bermula, saya tidak sabar menunggu musim bermula dan jurulatih turut tidak sabar menunggu musim bermula.”

Menurut baginda, sekiranya pemain boleh membawa sikap serta mentaliti yang baik, dan mempamerkan 60% atau 70% sama seperti ini sepanjang musim, baginda percaya pasukan akan mempunyai musim yang baik pada tahun 2019.