[Match Preview] unifi Malaysia Cup: JDT vs Kelantan

Perlawanan ke-4, unifi Piala Malaysia 2018, pasukan Johor Darul Ta’zim akan menerima kunjungan Kelantan bagi aksi kedua selepas tewas 0-1 di Kota Bharu. JDT yang harus menang semua baki perlawanan untuk mara pastinya tidak akan membiarkan Kelantan untuk terus menyingkirkan laluan untuk ke Suku Akhir.

JDT akan turun kesebelahan utama yang mantap ditambah pula beraksi di hadapan penyokong setia di Stadium keramat. Perlawanan terakhir di Larkin menyaksikan JDT berjaya menumbangkan Kedah dengan jaringan besar 5-1. Perlawanan itu juga adalah merupakan perlawanan pertama bimbingan Luciano Figueroa dan Benjamin Mora yang baru dinaikkan pangkat sebagai Pengurus dan Ketua Jurulatih.

Apapun rentak dan taktikal perlawanan, pastinya penyokong setia mengharapkan kemenangan sekaligus untuk terus mengejar merapatkan kedudukan sekaligus layak untuk ke Suku Akhir dan mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia.

Ayuh semua penyokong, teruskan menyokong, berikan sokongan, turun ke stadium beri sorakan buat pasukan. Pastikan suara dan sorakan penyokong stadium adalah pembakar semangat pemain untuk terus berjuang memberikan aksi yang terbaik.

JDT akan menerima kunjungan Kelantan di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hasaan Yunos, Larkin pada 25 Ogos ini dengan sepak mula jam 9.00malam. Luaskan Kuasamu Johor.