Pusat Perubatan JDT, JDT Hotel dan Pusat Latihan bakal menyusul

Sepertimana yang semua sedia maklum musim 2020, Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) bakal menghidangkan “home ground” yang baharu Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri, Johor. Turut dilengkapi Pejabat JDT HQ yang direkabentuk sendiri oleh pemiliknya, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Namun projek dan pelan perancangannya tidak terhenti disini, apabila TMJ memberitahu masih ada tiga (3) lagi perojek yang akan dilaksanakan selepas pembinaan Stadium baharu ini siap bagi melengkapkan sepenuhnya fasiliti-fasiliti sedia ada serta fasiliti akan datang.

Image result for medical center juventus
Pusat Perubatan

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengarah Teknikal JDT, Alistair Edwards baru-baru ini dimana apa yang sedang berlaku ketika ini hanya 40% sahaja dari perancangan sebenar kelab Harimau Selatan itu.

“JDT ada 3 lagi projek yang masih belum dilaksanakan. Secara asasnya, 3 projek tersebut adalah pusat perubatan atau recovery center, kedua adalah JDT Hotel.

Image result for juventus hotel
J Hotel

Kemudahan hotel ini menurut TMJ lagi boleh digunakan oleh pasukan lawan yang bertandang ke Johor selain akan digunakan oleh para pemain JDT sendiri sehari sebelum perlawanan berlangsung.

“Kemudian yang ke-3 adalah pusat latihan. Pusat latihan yang baru dan besar bagi semua pasukan JDT dalam satu kawasan.

Image result for j village
Pusat Latihan yang lengkap

“Jadi ini adalah 3 projek yang masih belum dilaksanakan, tidak akan disiapkan dalam masa terdekat kerana tahun depan kita akan (siapkan) stadium dulu dan pusat perubatan, dan saya harap selepas itu pusat latihan dan juga hotel.

Apabila diajukan soalan mengenai pusat perubatan, TMJ menjelaskan bahawa JDT kini sudah pun memiliki kepakaran dan kelengkapan, namun TMJ sendiri mahu melihat JDT memiliki satu bangunan khas untuk pusat perubatan di masa depan.

Ini adalah 3 perancangan masa panjang yang dinyatakan oleh TMJ dalam sesi tersebut yang dilihat bakal menambahkan nilai aset pasukan JDT sebagai kelab terbaik di Malaysia.