Rekod 75 perlawanan tanpa kalah di Stadium Larkin

Malam 16 Julai 2019 menjadi titik tamat rekod tanpa tewas di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin dengan 75 perlawanan sejak 2013. Rekod tersebut juga membawa kepada kejayaan menjulang piala liga untuk 6 musim berturut-turut.

Malah dengan rekod tersebut juga, JDT berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah untuk semusim pada tahun 2016. Berbaki 1 lagi perlawanan, rekod sama yang ingin dicapai untuk tahun 2019 tidak kesampaian apabila tewas hanya dengan 1-0 ke atas Petaling Jaya City.

Perlawanan terakhir, JDT akan bertemu Terengganu di Stadium Larkin dan sebagai hari bersejarah untuk JDT menjulang, mendakap dan meraikan kejuaraan untuk 6 musim berturut.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua pemain JDT, termasuk bekas pemain sejak musim 2013 sehinggalah musim lalu atas tugasan anda untuk kelab dan penghargaan diberikan buat anda kerana membantu kejayaan ini.

Turut diberikan ucapan kepada seluruh penyokong JDT terutama Boys of Straits yang tidak penah erti penat menyokong tidak kira apa jua keadaan. Inilah rekod kita. Inilah rekod JDT.!