Rekod mata tertinggi keseluruhan dalam Liga Bolasepak Malaysia

Kemenangan ke-19 dalam saingan liga musim 2018 memastikan Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berjaya memecahkan rekod kutipan mata tertinggi dalam sejarah Liga Super Malaysia untuk saingan 12 pasukan dengan mengumpul 59 mata keseluruhan. Dengan rekod 19 menang, dua seri dan tewas sekali, JDT mengatasi rekod 58 mata yang juga dicatat oleh kelab ini pada musim 2016. Luaskan Kuasamu Johor.