Safawi dinobat pemain terbaik PFAM-Asiana edisi Julai

Penyerang Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Liga Super PFAM-Asiana bagi bulan Julai 2019 selepas menerima undian 4,346 menewaskan Sanjar Shaakhmedov dari Terengganu FC dengan 3,615 undi.

Perkara ini diumumkan oleh PFAM menerusi laman sosial rasminya. Penyerang Petaling Jaya City FC yang menjaringkan gol kemenangan ketika menentang JDT, Washington Brandao hanya menerima 267 undi.

Pencabar lain Sandro Da Silva (Selangor) meraih 2,454 undi diikuti dengan Herold Goulan dengan 2,417 undi.

Diogo Santo pernah dicalonkan sebagai Pemain Terbaik pada edisi Mac 2019

Safawi Rasid sebelum pernah dicalonkan ketika edisi Jun dan April 2019 namun tewas. Pemilihan ini berdasarkan kepada 100 peratus undian menerusi laman rasmi PFAM.