Sah! Diogo Luis Santo lengkapkan kouta import

SAH! Penjaring terbanyak Thai League 2018, Diogo Luis Santo akhirnya melengkapkan kouta import Kelab Bolasepak JDT bagi musim 2019. Pengumuman itu dibuat menerusi laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers.

Diogo Santo sebelum ini bersama Buriram United sejak 2015 telah membuat 139 penampilan dengan 119 jaringan gol dan 33 bantuan gol. Beliau juga telah membantu kelab lamanya itu sehingga merangkul kejuaraan Thai League pada 2015, 2017 dan 2018, naib juara Thailand FA Cup dan Naib Juara Thailand Champions Cup.

Selamat Datang and Welcome Diogo Luis Santo ke kelab Juara Liga Super untuk 5 kali berturut-turut, Johor Darul Ta’zim.