Sah! Liridon pemain baharu JDT untuk musim 2020

Kelab bolasepak Johor Darul Ta’zim hari ini mengumumkan telah bersetuju untuk membawa masuk pemain kelahiran Kosovo, Liridon Krasniqi bagi memperkuat jentera tengah skuad Harimau Selatan.

Pengumuman itu dibuat selepas menandatangani kontrak dihadapan media petang tadi di Pejabat Media JDT, Iskandar Puteri. Hadir sama Pengurus, Luciano Figueroa dan Ketua Jurulatih JDT, Benjamin Mora.

Liridon tidak perlu diperkenalkan lagi dalam kancah liga Malaysia. Antara pemain tengah yang berkemahiran tinggi sebagai perancang dan juga mampu meledak gol.

Dalam pada itu, Pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Raja menyifatkan baginda terkejut dengan komitmen dan kerja keras yang ditunjukkan Liridon.

Meskipun khabar angin mengatakan beliau bermasalah, tetapi ia bukan seperti yang dijangka malah baginda melihat Liridon seorang pemain yang berdisplin.

Liridon juga sedar beliau perlu bekerja keras dalam mendapatkan tempat dalam pasukan.

Selamat datang diucapkan kepada Liridon Krasniqi. Berjuang demi lencana didada. Ayuh Johor