Sah! Shandong Luneng pesaing JDT dalam ACL 2019

Meskipun ketinggalan 0-1 kepada kelab dari Vietnam, Hanoi FC dan ianya bukan penghalang untuk Shandong Luneng mencipta kemenangan selesa 4-1 pada saingan kelayakan AFC Champions League 2019 di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan.

Kemenangan tersebut turut mengesahkan penyertaan Shandong Luneng yang akan menghuni dan sebagai pesaing dalam kumpulan E bersama JDT dan Gyeongnam FC.

Bagaimanapun, satu lagi keputusan antara Juara bertahan, Kashima Antlers dan Newcastle Jet akan diketahui hari ini bagi mengisi slot lengkap kumpulan E AFC Champions League.

Wakil Malaysia, Perak akan turun beraksi menentang Ulsan Hyundai untuk merebut 1 lagi slot dalam kumpulan H. Sebagai wakil Malaysia, Ayuh kita berikan sokongan dan semoga pasukan Perak mampu tewaskan lawan dan mencipta sejarah baharu bolasepak Malaysia.