Sama lebur, Sama binasa

“Demi anda semua, saya, Ismail Ibrahim akan lakukan apa sahaja yang saya mampu untuk anda dan keluarga anda semua kerana itu adalah sumpah saya ketika saya ditabalkan menjadi Tunku Mahkota Johor. Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah S.W.T berkati kita semua”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Dua belas safar empat belas tiga puluh satu hijrah bertempat di Istana Besar Bukit Pelangi, Johor Baharu. Satu titah dikeluarkan DYAM Tunku Mahkota Johor ketika rakyat sedang bercelaru. Ketika itu pandemik di Malaysia ini masih lagi belum agresif. Di saat negara jiran mengekang penularan secara intensif.

Hanya baginda yang memahami kegusaran rakyat. Hanya baginda yang merasai ketakutan rakyat.

Dalam pada masa yang sama, kerajaan dahulu hanya suka berpolitik. Berebut kuasa umpama manusia purba di Zaman Neolitik. Kesejahteraan rakyat mereka anggap bukan isu utama. Yang penting tampuk kuasa akan berpihak kepada mereka selama-lamanya.

Bermacam-macam alasan pemerintah bila rakyat mula bertanya apakah tindakan drastik yang mahu di lakukan. Tetapi bagai evasif, mereka hanya beranggapan masalah ini dengan memandang secara ringan. Walaupun dunia melaporkan bahawa pandemik ini sedang bertebaran dengan cepat seperti berlari. Si cerdik-cerdik ini hanya tersenyum sinis, canggung bagai antan dicungkilkan duri.

“Kepada Allah Kami Berserah. Semoga Allah S.W.T berkati kita semua”-DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

Akhir kalam, cerita ini adalah sekadar sebagai tauladan. Bahawa sebenarnya kepada rakyat jangan segala masalah diletakkan kesalahan. Juga sebagai bukti suatu kebenaran, bahawa pendapat institusi Kesultanan jangan pernah diabaikan.

Bersama kita ikut segala arahan yang telah dikeluarkan oleh kerajaan. Bersama kita panjatkan doa tanpa putus untuk kebaikan.

Semoga segala tragedi ini akan menemui jalan penyelesaian. Semoga kita kembali kepada indahnya kehidupan.

Allah peliharakan Sultan. Allah berkati Johor.
Daulat Tuanku.
Manusia Satu Denyut

Artikel dari: Hafiz Othman