Sangat eksklusif! JDT guna jersi bernilai RM549

Sangat Eksklusif! Musim 2019 memperlihatkan JDT bakal menggunakan jersi jenis Authentic (player Issue) yang bernilai RM549

Ia antara 2 varian yang diperkenalkan NIKE untuk pasukan JDT yang bakal dilancarkan pada 12 Januari 2019. Satu lagi varian adalah jenis replika (Fans Issue). Pengumuman itu pasti menambah keterujaan para penyokong Harimau Selatan untuk menantikan rekaan terbaru jersi JDT.

Laman sosial rasmi JDT, JOHOR Southern Tigers juga memberitahu bahawa untuk musim 2019, JDT hanya akan menggunakan jersi ‘Home’ dan jersi ‘Away’ terbaharu yang direka khas dari Ibu Pejabat Nike di Amerika Syarikat.

“Pasukan pereka grafik ini juga adalah pasukan yang sama mereka jersi untuk kelab Barcelona, Paris Saint-Germain dan skuad kebangsaan Brazil. Tambahan lagi, Nike dan pihak pengurusan kelab telah membuat keputusan untuk memperkenalkan dua varian bagi rekaan kali ini iaitu varian Jersi Authenthic (Player Issue) dan Varian Jersi Replika (Fans Issue).”

“Jersi varian ‘Player Issue’ ini akan menampilkan rekaan dan kualiti material yang terbaik pernah dihasilkan untuk JDT oleh Nike selain mempunyai potongan baju mengikut badan pemain (Body Fit). Ia dilengkapi dengan teknologi pembuatan terbaru dari Nike dan lebih ringan untuk keselesaan pemain. Jersi varian ‘Player Issue’ yang berharga RM549 ini akan digunakan eksklusif oleh skuad utama JDT.”

Varian kedua pula iaitu ‘Fans Issue’ lebih kepada untuk memenuhi permintaan dan keselesaan penyokong. Varian jersi ini menyamai rekaan varian ‘Player Issue’ tetapi berbeza dari segi teknologi pembuatannya, kadar keregangan dan jenis fabrik, untuk menjadikannya lebih murah tetapi masih berkualiti. Varian ini boleh didapati dengan harga RM185 dimana ia lebih murah daripada varian ‘Player Issue’.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang rekaan, harga dan saiz, ayuh kita semua hadir memeriahkan Majlis Pelancaran Jersi JDT 2019 yang akan diadakan di Dataran Bandaraya Johor Bahru pada Sabtu ini, 12 Januari. Belilah barangan original sebagai tanda sayang dan komitmen anda kepada kelab.