‘Saya berkorban segalanya, semua untuk anda dan Johor’

Mungkin tidak pernah terfikir apabila muncul seorang pemuda yang turun ke padang sambil memegang mic dan berkata “Masanya telah tiba” pada ketika JDT menjulang piala liga buat kali pertama musim 2014.

Itulah pemilik JDT, DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor yang kini sangat disayangi rakyat Johor dan para peminat bolasepak JDT.

Musim 2019 menjadikan segala impian yang diimpikan telah pun dikecapi sedikit demi sedikit dan pastinya akan terus melangkah mencipta sejarah dan legasi buat bolasepak JDT khususnya dan bolasepak Malaysia seluruhnya.

Menjadi pasukan pertama menjuarai liga untuk 6 musim berturut-turut atau dipanggil ‘double hat-trick’, menjadi pasukan pertama dari Malaysia dan Asean menjuarai Piala AFC pada musim 2015, menjadi pasukan pertama Malaysia beraksi di pentas tertinggi AFC Champions League dan pasukan pertama menjuarai 13 piala dalam 6 tahun.

Sesuatu yang tidak mampu digambarkan dengan kata-kata hasil yang telah diterjemahkan satu-persatu tidak kira dalam padang dan luar padang. Terbina pusat latihan tertutup bertaraf antarabangsa, naiktaraf stadium dengan fasiliti penuh memenuhi kreateria AFC, dan pembinaan Stadium baharu yang kini 80% siap.

Pengorbanan yang tidak ada galang ganti buat DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim yang telah meletakkan JDT di atas pentas tertinggi, dikenali, dan jenama yang kini meniti di bibir setiap pelusuk dunia. Pastinya kata-kata yang diucapkan baginda ‘Saya berkorban segalanya, semua untuk anda disini dan Johor’ adalah dari hati yang jujur dan ikhlas untuk kita semua.

Tiada ucapan balas selain mengucapkan rasa syukur buat diri ini kerana dikurniakan seorang putera raja, Tunku Mahkota Johor yang prihatin dan berjiwa rakyat, bekerja keras dan berwawasan tinggi.

The special one. TMJ